Berminat nak sambung belajar dalam bidang pengurusan haji dan umrah tapi tak tahu nak pilih jurusan apa? Sila hubungi kami.
Menjadi pelopor dalam memperkenalkan bidang pendidikan baharu di Malaysia seperti diploma Pengurusan Haji dan Umrah telah mematangkan institusi kami dalam berdepan dan menjawab pelbagai keraguan masyarakat setempat dengan kebolehan para graduan setelah mereka merangkul ijazah dalam bidang ini. Di dalam penulisan “Revolusi Industri 4.0: Cabaran dan Peluang”, Shukri Mohamad (2020) berkongsi perspektif beliau bahawa peningkatan dunia moden pada hari ini bakal membuka pelbagai peluang dalam pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pelbagai kerjaya baru.
Berbeza dengan belasan kurun yang lalu, jemaah haji atau umrah pada zaman kini boleh menggunakan pengangkutan udara berbanding pengangkutan air untuk menunaikan ibadah ini. Kehebatan teknologi moden seperti kapal terbang telah meningkatkan statistik para jemaah untuk ke tanah suci yang memakan masa beberapa jam sahaja. Dengan kekukuhan ekonomi rakyat era kini juga membolehkan sesiapa sahaja untuk menunaikan umrah terutamanya.
Selari dengan ini, diploma Pengurusan Haji dan Umrah ditubuhkan untuk melahirkan graduan yang mampu menjadi tenaga professional di dalam bidang Haji dan Umrah memandangkan peningkatan permintaan pekerja pakar untuk membimbing dan menguruskan jemaah dalam menunaikan ibadah berkaitan. Sehubungan dengan itu, menunaikan haji di baitullah yang merupakan rukun Islam kelima menjadi sandaran utama dalam memastikan setiap jemaah mempunyai pengalaman bermakna di tanah suci.
Dari Ibnu Umar r.a., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Islam dibangun atas lima hal; bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan sungguh Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, haji, dan puasa (di bulan) Ramadhan.” (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).
Namun, keadaan semasa dini hari yang membenarkan seseorang tanpa kredibiliti dan latar belakang tertentu untuk menguruskan sektor ini telah membuka banyak ruang untuk penyelewengan dan penindasan berlaku kepada para jemaah haji atau umrah. Oleh itu, diploma ini sangat relevan pada zaman ini disebabkan pelbagai isu seperti penipuan pakej haji dan umrah dan para mutawwif yang tidak berpengalaman dan berpengetahuan.
Menurut satu dapatan kajian oleh Syed Abdul Aziz Hamid Edruce, Tamar Jaya Nizar dan Farahwahida Mohd Yusof (2014), tahap kefahaman jemaah haji Malaysia terhadap perlaksanaan ibadah ini memerlukan pendekatan secara kreatif serta menggunakan teknologi untuk dapat meningkatkan tahap pemahaman responden. Oleh itu, kehadiran mutawwif atau pegawai haji dan umrah buat para tetamu Allah di tanah suci perlulah berilmu dan berpengalaman kerana kelas-kelas yang diberikan semasa di tanah air masih tidak dapat memberi gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan ibadat tersebut.
Fiqh Hajj and Umrah 1
(Ibadah Haj and Umrah)
Fiqh Umrah and Haj (II)
Fiqh Umrah and Haj (III)
Airport Handling and Procedures
E-Commerce
Tourism and Hospitality Law for Hajj and Umrah
Introduction to Business
Islamic Management
Principles of Marketing
Human Resource Management
Principles of operation Management
Organizational Behavior
Islamic Entrepreneurship
Strategic Management
Introduction to Tourism and Hospitality
Travel Geography
Islamic Theology
Transportation Operations in Tourism
Travel and Tour agency Operation
Event Management
Tourism Cross Culture and Heritage
Outbound Tour