SIJIL PROFESIONAL

PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

Berminat nak sambung belajar dalam bidang pengurusan haji dan umrah tapi tak tahu nak pilih jurusan apa? Sila hubungi kami.

TENTANG SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN HAJI & UMRAH

KETAHUI TENTANG KAMI

Dengan perkembangan ekonomi semasa dalam mencapai sebuah tujuan, Malaysia sebagai negara dengan ekonomi berpendapatan tinggi, bidang pengurusan Haji dan Umrah sudah semakin mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia. Program kerjaya yang menyediakan sijil professional ini dibuka kepada pelbagai lapisan umur masyarakat di Malaysia serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai. Dalam pada itu,  kebanyakkan para peserta yang mengikuti program ini bukan sahaja terdiri daripada golongan muda malah mereka yang sudah berusia dan mempunyai kerjaya sendiri.

 

Berketepatan dengan sejarah Islam yang membuktikan bahawa usia bukan penghalang kepada seseorang untuk menuntut ilmu, semangat mereka adalah selari dengan kesungguhan sesetengah ilmuwan terdahulu yang menuntut ilmu walaupun bermula ketika usia yang lanjut. Imam Qaffal merupakan seorang yang mahir dalam membuat kunci dan memulakan kerjaya beliau dalam kepakaran tersebut. Asbab menyedari kebijaksanaannya walaupun sudah berusia, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menimba ilmu dan akhirnya menjadi salah seorang ilmuwan yang dihormati dalam sejarah Islam.

 

“Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.” (al-Fatir:37)

Ayat al- Qur’an tersebut menjelaskan bahawa Allah s.w.t melanjutkan usia seseorang adalah untuk mereka berfikir dan mempelajari ilmu agama. Oleh itu, hal ini berketepatan dengan sesetengah peserta Sijil Pengurusan Haji dan Umrah yang mendalami ilmu ini agar tidak ditipu oleh mana-mana pakej pelancongan islami. Buktinya, pada tahun ini, 2020, insiden melibatkan 380 bakal jemaah haji yang menggunakan haji furada baru sahaja menggemparkan negara dengan berita penipuan pakej haji. Tidak dinafikan, hal ini berpunca daripada kesilapan sendiri yang kurang mendapatkan maklumat atau pengetahuan berkaitan visa tersebut.

 

Di samping itu, majoriti penglibatan para peserta dalam program kerjaya ini, Sijil Pengurusan Haji dan Umrah adalah untuk mengembangkan karier mereka. Sebahagian daripada mereka sudah bekerja dalam agensi pelancongan dan sentiasa mendapat permintaan khidmat mutawwif atau mutawwifah daripada pelanggan masing-masing untuk ke tanah suci Mekah. Selari dengan kata-kata Ketua Operasi Ranstad Malaysia, Fahad Naeem, negara kini lebih memerlukan tenaga profesional dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan kerana terdapat peningkatan terhadap permintaan semasa yang (Alzahrin Alias, 2021).

 

Sehubungan dengan itu, Farah Marshita Abdul Patah (2022) menjelaskan yang kerajaan sangat mengalu-alukan pembabitan komuniti perniagaan dalam usaha memastikan perkembangan ekonomi negara untuk kekal mampan. Oleh itu, Sijil Professional Haji dan Umrah berkerjasama dengan Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) dan Akademi Belajarlah untuk membuka peluang kepada orang ramai supaya terlibat dalam bidang perniagaan selepas menyertai program kerjaya ini. Hal ini adalah kerana setiap peserta yang berjaya menamatkan program ini berpeluang membina kerjaya sebagai pegawai pemasaran Haji dan Umrah.

PROGRAM PENGURUSAN HAJI UMRAH

PLATFORM TERBAIK PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

KEISTIMEWAAN

Percuma penginapan untuk latihan praktikal 2 hari 1 malam

Sesi khas live coaching bersama pakar industri

Kelayakan akses modul latihan selama 24 jam setahun

50% potongan Sijil Professional Haji & Umrah

20 modul latihan ekslusif dan komprehensif

Peluang penempatan pekerjaan setelah tamat latihan

SUBJEK YANG DISEDIAKAN

● Modul 1: Solusi Menuju Baitullah
● Modul 2: Fiqh Umrah
● Modul 3: 9 persiapan rohani menurut Imam Nawawi
● Modul 4: Fiqh Wanita dalam bab umrah haji
● Modul 5: Penghayatan sirah Makkah
● Modul 6: Penghayatan sirah Madinah
● Modul 7: Asas komunikasi bahasa Arab di 2 kota suci
● Modul 8: Permasalahan lazim jemaah haji dan umrah
● Modul 9: Tips kesihatan jemaah umrah haji
● Modul 10: Asas CPR
● Modul 11: Fiqh umrah kaedah S.A.L.A.K
● Modul 12: Tadabbur ayat Qur’an berkaitan umrah haji
● Modul 13: Spiritual Umrah haji
● Modul 14: Tips kewangan jemaah umrah haji
● Modul 15: SOP jemaah umrah
● Modul 16: Fiqh berkaitan haji
● Modul 17: Istiqamah pasca umrah haji
● Modul 18: Skil perucapan awam& penyampaian tazkirah
● Modul 19: Listening skill
● Modul 20: Panduan doa-doa sepanjang ibadah haji & umrah

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Berkebolehan untuk membaca, menulis dan mengira.
  • Berminat dalam bidang ini dan sihat tubuh badan.
  •  

TESTIMONI

APA KATA PELAJAR PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

“Sejak saya masuk program SPHU ini, banyak ilmu yang saya dapat engan menyertai kursus-kursus dan kuiz-kuiz yang dilakukan pada setiap minggu. Alhamdulillah, banyak impak yang saya dapat dari segi penambahan ilmu dalam bidang ini terutamanya dalam menjadi mutawwifah untuk membimbing jemaah di masa hadapan. Besar sangat harapan saya untuk pergi lebih jauh daripada apa yang saya ada selama ini”

 

Khairani bin Ramli

“Saya memilih kursus professional haji dan umrah ini kerana ingin membantu rakan-rakan yang berminat untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. Dengan ini, saya boleh membantu mereka dalam mendalami serta mempelajari pelbagai teknik dan kaedah yang berkaitan.”

“Alhamdulillah, sepanjang kursus yang berjalan selama 3 bulan, di tambah pula dengan 2 hari 1 malam praktikal, saya dapat pelbagai maklumat dan ilmu baru yang berkaitan pengurusan haji dan umrah.”

Muhammad Syaari bin Muhammad Syarif

“Saya dapat banyak ilmu selama saya menyertai 3 bulan kursus ini. Apabila saya mempunyai ilmu yang berkaitan bidang ini, saya dapat membantu rakan-rakan dan orang ramai di luar sana untuk lebih yakin dalam menunaikan ibadah umrah.”

“Pengharapan saya selepas mengikuti program ini adalah untuk lebih yakin dalam memimpin jemaah di luar sana.”

Hasnah binti Yunos

“Saya memilih Sijil Pengurusan Haji dan Umrah bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan dan perjalanan haji dan umrah. Walaupun sebelum ini, saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan agensi pengurusan haji dan umrah namun, saya kira ilmu berkaitan hal ini tidak akan habis terutamanya dalam mendengar pengalaman daripada mutawwif-mutawwif lain yang lebih berpengalaman.”

Ahmad Nizam bin Ariffin

“Saya adalah salah seorang bekas anggota angkatan tentera Malaysia. Saya mengikuti program Sijil Professional Haji dan Umrah ini kerana saya nampak ia sebagai platfom untuk menjadi mutawwif. Tercetusnya idea untuk sertai program ini bermula semasa saya berkhidmat di Lebanon dan mendapat cuti selama dua minggu.”

“Saya ambil kesempatan itu untuk menunaikan umrah tetapi agak kurang berpuas hati dengan info-info yang kurang padat diberikan oleh mutawwif kumpulan kami. Oleh itu, saya terfikir untuk saya sendiri yang belajar ilmu ini dan menjadi mutawwif dalam berkhidmat kepada masyarakat dan melakukan amal ibadah,”

Rahmat bi Mohd Amin

“Saya sangat teruja untuk sertai program Sijil Professional Haji dan Umrah sebab sudah lama tercari-cari program ini.”

Radiah