TESTIMONI
“Seperti kawan-kawan yang lain, saya meneruskan hasrat untuk sambung belajar selepas menduduki peperiksaan SPM dengan mengisi borang UPU. Dalam masa yang sama, saya juga telah memberi peluang kepada diri saya untuk mengetahui bidang pengurusan Haji dan Umrah dengan lebih mendalam memandangkan ia adalah bidang yang saya minati. Setelah berfikir panjang, saya bertekad untuk mempelajari bidang yang saya gemari dan berharap untuk bekerja dibidang ini. Saya ingin banggakan kedua ibu bapa saya dan diri saya sendiri.”

“Pada awalnya, saya memilih untuk sambung belajar dalam Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) kerana ibu bapa saya yang mencadangkan bidang ini. Setelah meneliti aspek-aspek yang ditawarkan dalam bidang ini, saya mendapati ia adalah sebuah program Diploma yang unik. Walaupun institusi lain ada menyediakan bidang yang sama namun pilihan disini memberi kelainan dengan menawarkan latihan praktikal di Mekah dan Madinah. Impian saya adalah untuk menggunakan ilmu, pengalaman dan suasana belajar yang menarik ini sebagai pendorong untuk saya memberi manfaat kepada orang lain di masa hadapan. Untuk yang berhasrat untuk memilih program ini, saya yakin dengan izin Allah ia akan menjadi pilihan terbaik untuk anda.”